Burung Cenderawasih ![]() |
Burung Cenderawasih
Burung Cenderawasih ialah
sejenis burung dalam keluarga Paradisaeidae
susunan Passeriformes. Ia
terdapat di kawasan Australasia timurIndonesia, New Guinea dan tenggara Australia. Ahli keluarga ini terkenal
kerana bulu pelepahnya yang dimiliki oleh burung jantan kebanyakan spesies,
yang digunakan bagi menarik burung betina ketika musim mengawan. Kebanyakan
spesies turut mempunyai bulu pelepah yang amat panjang dan berambu menjulur
dari ekor, sayap atau kepala. Sungguhpun memiliki jambul yang menyerlah, dari
segi anatomi ia tergolong dalam burung berkicau primitif.
Yang paling terkenal kerana
bulu mereka adalah spesies genus Paradisaea,
termasuk spesies jenis burung
Cenderawasih Besar, Paradisaea
apoda. Spesies ini digambarkan dari contoh yang dibawa balik ke
Eropah dari ekspedisi perdagangan. Spesimen ini disediakan oleh pedagang
tempatan dengan membuang kaki dan sayap mereka, yang mendorong kepada
kepercayaan bahawa burung ini tidak pernah hinggap tetapi kekal terapung oleh
bulu mereka. Ini memberikan nama Inggeris mereka "Burung syurga - birds of
paradise" dan nama saintifik apoda - tanpa kaki.
Kebanyakan spesies memiliki
upacara mengawan yang rumit, dengan spesies Paradisaea mempunyai
sistem mengawan jenis Lek.
Yang lain, seperti spesies Cicinnurus dan Parotia,
mempunyai tarian mengawan yang khusus, dengan spesies menggayakan jambul dalam
gaya tarian ballet tutu yang merupakan tabiat yang mengkagumkan bagi burung
kerana persamaan secara tidak sengaja dengan tarian hula dan limbo.
Kepercayaan
tahyul
Merurut kepercayaan tahyul,
burung Cenderawasih berasal dari kayangan. Ia dikatakan hanya minum air embun dan apabila
ia jatuh di bumi, ia akan mati, namun badannya tidak
akan reput.
Ia mempunyai cerita dan
lagenda tersendiri. Kata orang burung ini membawa tuah. Selalu juga dikaitkan
sebagai berkhasiat tinggi dalam perubatan. Ia juga dikaitkan dengan pelaris
kepada sesiapa yang memilikinya.
Burung cenderawasih ini juga
dipercayai penjaga sejenis batu permata (zamrud hijau) yang tinggi nilainya
pada masyarakat nusantara
|
Info Alam
Langgan:
Catatan (Atom)
Tiada ulasan:
Catat Ulasan