Bunga Bahasa
Ahad, 14 April 2013
Pidato Bahasa Jiwa Bangsa
Sila muat turun bahan berikut http://www.scribd.com/doc/77342273/Teks-Pidato-Bahasa-Jiwa-Bangsa-2
Pidato Insan Cemerlang Negara Gemilang
Sila muat turun bahan berikut http://www.scribd.com/doc/25452527/Pidato-Insan-Cemerlang-Negara-Gemilang
Ahad, 31 Mac 2013
Sabtu, 30 Mac 2013
Pantun Melayu
Pulau Pandan jauh ketengah,
Gunung Daik bercabang tiga,
Hancur badan dikandung tanah,
Budi baik dikenang jua.
Pisang Emas bawa belayar,
masak sebiji di atas peti,
Hutan emas boleh ku bayar
Hutang budi ku bawa mati.
Kalau ada sumur di ladang,
Boleh saya menumpang mandi.
jika ada umur yang panjang,
Boleh kita berjumpa lagi.
Gunung Daik bercabang tiga,
Hancur badan dikandung tanah,
Budi baik dikenang jua.
Pisang Emas bawa belayar,
masak sebiji di atas peti,
Hutan emas boleh ku bayar
Hutang budi ku bawa mati.
Kalau ada sumur di ladang,
Boleh saya menumpang mandi.
jika ada umur yang panjang,
Boleh kita berjumpa lagi.
Semua orang bergelang tangan,
saya seorang bergelang kaki,
semua orang berkata jangan,
saya seorang mengikut hati.
saya seorang bergelang kaki,
semua orang berkata jangan,
saya seorang mengikut hati.
Gurindam Jiwa
GURINDAM
JIWA
Tuai padi antara masak
Esok jangan layu-layuan
Intai kami antara nampak
Esok jangan rindu-rinduan
Anak cina pasang lukah
Lukah dipasang di Tanjung Jati
Di dalam hati tidak ku lupa
Sebagai rambut bersimpul mati
Batang selasih permainan budak
Daun selasih dimakan kuda
Bercerai kasih talak tiada
Seribu tahun kembali juga
Burung merpati terbang seribu
Hinggap seekor di tengah laman
Hendak mati di hujung kuku
Hendak berkubur di tapak tangan
Kalau tuan mudik ke hulu
Carikan saya bunga kemboja
Kalau tuan mati dahulu
Nantikan saya di pintu syurga
Tuai padi antara masak
Esok jangan layu-layuan
Intai kami antara nampak
Esok jangan rindu-rinduan
Anak cina pasang lukah
Lukah dipasang di Tanjung Jati
Di dalam hati tidak ku lupa
Sebagai rambut bersimpul mati
Batang selasih permainan budak
Daun selasih dimakan kuda
Bercerai kasih talak tiada
Seribu tahun kembali juga
Burung merpati terbang seribu
Hinggap seekor di tengah laman
Hendak mati di hujung kuku
Hendak berkubur di tapak tangan
Kalau tuan mudik ke hulu
Carikan saya bunga kemboja
Kalau tuan mati dahulu
Nantikan saya di pintu syurga
Perumpamaan
Perumpamaan
|
Maksud
|
Bagai aur dengan tebing | tolong-menolong antara satu dengan yang lain |
Bagai bunyi cempedak jatuh | bunyi jatuh yang kuat |
Bagai bulan dipagari bintang | kecantikan gadis yang tiada bandingannya |
Bagai diiris dengan sembilu | perasaan yang sangat pedih |
Bagai duri dalam daging | sesuatu hal yang tidak menyenangkan |
Bagai enau dalam belukar melepaskan pucuk masing-masing | hanya mementingkan diri sendiri |
Bagai itik pulang petang | berjalan lambat sekali |
Bagai isi dengan kuku | persahabatan yang sangat erat |
Bagai kacang melupakan kulit | orang yang tidak tahu mengenang budi |
Bagai kumbang putus tali | amat cepat; terlepas daripada sengsara |
Bagai melepaskan batuk di tangga | membuat sesuatu kerja sambil lewa saja |
Bagai menatang minyak yang penuh | mendidik anak dengan penuh belaian kasih sayang |
Bagai mencencang air | membuat pekerjaan yang sia-sia |
Bagai mural tercabut ekor | seseorang yang becok mulutnya |
Bagai si kudung mendapat cincin | orang yang tidak dapat merasai nikmat atau menggunakan kemudahan yang diperoleh |
Bagai pinang dibelah dua/ Seperti cincin dengan permata | pasangan yang sama padan dan sama cantik |
Bagai tikus membaiki labu | merosakkan lagi barang yang dibaikinya |
Seperti abu di atas tunggul/ Seperti telur di hujung tanduk | kedudukan tidak tetap atau tidak terjamin |
Seperd anak ayam kehilangan ibu | berpecah dan hilang tempat bergantung |
Seperti anjing dengan kucing | adik-beradik yang suka bergaduh |
Seperti anjing dengan bayang-bayang | orang yang tamak, tidak cukup dengan apa-apa yang ada |
Seperti api dalam sekam | dendam; perbuatan jahat yang tersembunyi |
Seperti ayam berak kapur | muka pucat dan tidak bermaya |
Seperti bertih digoreng | bunyi bising atau percakapan yang tidak berhenti-henti |
Seperti cacing kepanasan | tidak diam atau tenang; selalu gelisah |
Seperti embun di hujung rumput | kasih sayang yang tidak berkekalan |
Seperti gergaji dua mata/ Seperti talam dua muka | seseorang yang mengambil kesempatan daripada pertelingkahan antara dua pihak |
Seperti harimau menyembunyikan kukunya | menyembunyikan kelebihan yang ada pada dirinya |
Seperti hujan jatuh ke pasir/ Seperti mencurahkan air ke daun keladi | memberi nasihat kepada orang tetapi tidak berkesan |
Seperti katak di bawah tempurung | orang yang cetek pengetahuannya mengenai hal dunia luar |
Seperti kera kena belacan | tidak suka duduk diam |
Seperti kera mendapat bunga | seseorang yang tidak tahu menghargai pemberian orang lain |
Seperti kerbau dicucuk hidung | seseorang yang lurus; menurut segala perintah orang lain tanpa usul periksa |
Seperti langit dengan bumi | perbezaan yang amat ketara |
Seperti mengajar itik berenang | mengajar seseorang yang arif atau pandai daripada kita |
Seperti pahat dengan penukul | orang yang hanya bekerja apabila diperintah |
Seperti pungguk rindu akan bulan | mengharapkan sesuatu yang tidak mungkin diperoleh |
Seperti rusa masuk ke kampung | berasa hairan dan tercengang-cenggang apabila berada di tempat yang baru |
Seperti tikus jatuh di beras | memperoleh kekayaan yang tidak disangka-sangka |
Seperti ular kena palu | jalan atau barisan yang bengkang-bengkok |
Peribahasa
Menurut Za'ba, peribahasa ialah
susunan kata yang pendek dengan makna yang luas, mengandungi kebenaran, sedap
didengar dan bijak perkataannya.
Peribahasa
tradisi merujuk kepada peribahasa yang digunakan dalam pertuturan sehari-harian
atau secara bercetak sebelum tarikh kemerdekaan. Peribahasa moden pula merujuk
yang dicipta selepas tarikh tersebut. Peribahasa merupakan sabahagian daripada
bahasa kiasan dalam
budaya Melayu.
Keindahan
peribahasa merupakan cara sesuatu peribahasa itu digunakan, yang membina minda.
Tetapi pada masa kini, pelbagai peribahasa dicipta yang memaksa pelajar-pelajar
menghafalkan seberapa banyak peribahasa seperti robot.
Peribahasa
yang baru dicipta ini memberikan peluang kepada penerbit buku melariskan buku
masing-masing dengan mengisi buku masing-masing dengan peribahasa moden yang
janggal, dengan setiap penerbit menghasilkan peribahasa masing-masing.
Selain itu,
peribahasa yang baru dicipta ini juga mendorong kepada merosakkan bahasa,
kerana sesetengah daripadanya hanya dibuat secara serkap jarang tanpa sebarang
penyeliaan oleh sebarang pihak.
Sebagai
contoh (ciptaan sendiri):
Seperti
tetikus tanpa wayar / Seperti tetikus lepas tambatan.
Penjelasan:Tetikus
dahulu terikat kepada komputer dan tidak bebas bergerak. Bagaimanapun, tetikus
moden tanpa wayar bebas bergerak tanpa perlu terikat dengan komputer.
Ertinya:
Seseorang yang dahulunya terikat kini bebas hendak kemana-mana sahaja.
Contoh
penggunaan: Aminah kini bebas pergi ke disko semenjak dia keluar dari rumah
keluarganya dan berpindah di kampung kebandar, seperti tetikus lepas tambatan.
[sunting]Senarai
Peribahasa Melayu (Kumpulan)
Pautan luar
Jumaat, 29 Mac 2013
Bunga-Bunga Bahasa
















































































































Langgan:
Catatan (Atom)