Bunga Bahasa
Jumaat, 29 Mac 2013
Bunga-Bunga Bahasa
sinar gembira mengerlip di matanya/di mata tuanya
seriang kicauan burung-burung yang terbang membelah cuaca petang
dibayangi perasaan gembira
kuntum kegembiraan mengembang di hatinya sekaligus menghalau debaran yang memukul dada
rasa gembira meruap di dadanya
rasa gembira dan syukur berbunga di lubuk hatinya
dia terlalu gembira, gembira sakan
hatinya melonjak gembira
curahan kasih sayang
berharap putik-putik kemesraan akan dapat menebarkan keharuman kasih sayang yang mampu melembut dan mendamaikan hati-hati luka
silaturahim antara sanak-saudara
merindui belai kasih daripada seorang ayah/ibu
jauh di sudut hatinya bercambah kasih yang amat mendalam terhadap...
Dia tersenyum menampakkan barisan gigi yang asmaradanta/putih bak mutiara
senyuman mesra terukir di bibirnya
segaris senyuman terukir di bibir/bibirnya
mengulum senyuman tipis
mengetap bibir tersenyum
tiba-tiba lamunannya terhenti
lamunannya terputus
membiarkan sejenak fikirannya menerawang
lamunannya tenggelam dalam kemuraman suasana
lamunannya terbang pergi
ingatannya kembali menjangkau suasana masa lampau
mengimbau kenangan silam
ingatannya masih segar
meninggalkan nostalgia yang hampir tenggelam dibungkus waktu
ingatannya terloncat daripada satu peristiwa kepada satu peristiwa yang lain
kenangan pahit, manis, suka dan duka bermain dalam kotak fikirannya
dia cuba menepis-nepis ingatannya terhadap ... (
nama orang
) tetapi kotak fikirannya tidak mampu berbuat begitu
kenangan mengusik jiwa
fikirannya menderas (
berfikir secara deras/cepat
)
soalan itu (
yang sama
) sentiasa memenuhi kotak fikirannya
arus fikirannya seperti terhenti/berhenti
terapung dalam arus pengertian yang mencabar fikiran
fikirannya dirasuk ingatan yang bukan-bukan
fikirannya melayang jauh
dia membiarkan sejenak fikirannya menerawang
berlegar-legar soalan itu meroboh alam fikirannya (b
ermaksud menjadi buntu
)
dalam laut fikirannya
memeras otak (
berfikir secara keras
)
rasa bersalah menerpa fikirannya (
"guilty"
)
berlegar-legar dalam pusat ingatannya
ingatannya terhadap ... (
nama orang
) susut tanpa sisa
fikirannya tiba-tiba dikejutkan oleh kutukan perlahan pintu bilik/kamarnya
soalan itu bertalu-talu datang dan pergi dalam fikirannya
cadar dan selimut yang renyuk-renyuk di katil itu seperti fikirannya juga, renyuk-renyuk
keadaan di luar itu seperti fikirannya, sesak dan berjerebu
kulihat air jernih mengalir di pipinya
bendungan air matanya pecah
beberapa titik air jernih membasahi pipi mudanya
air matanya jatuh membasahi pipinya yang gebu
awan mendung bergayutan di pelipis matanya
kolam matanya sudah berkaca
kegembiraan hatinya menujahkan keluar manik-manik jernih dari birai kolam matanya
matanya berkaca dan kemudian berair
juraian air mata mengalir lalu meleleh di lurah pipinya
air mata mula tumpah dari tasik bundar
matanya mula terasa basah
air mata berlinangan
cuba menahan air matanya tetapi matanya tetap bertambah kelam
tangisan memberi nikmat kepuasan batin
hatinya pecah seribu
menyayat hati
meratap kesedihan
perkhabaran yang disampaikan itu benar-benar mengguris luka di hatinya
bayang-bayang kesedihan dan kepiluan masih tercalit di wajahnya
pedih sungguh hatinya
duduk sugul di kepala katil
nadanya menikam jantung
namun senyumannya tidak dapat menutup mendung yang menyeliputi wajahnya
nada suaranya bagaikan sembilu menghiris tangkai hatinya
keluarkanlah jasadku daripada kesengsaraan
suara batinnya menggelepar
harapan itulah yang menyinari makam derita ini
bencana menimpa kerianganku
sedih berbaur kekecewaan
begitu meruntun (
menarik/menyentak
) jiwa dan perasaan
kini dia berasa kosong dan hampa
sehingga kini, rasanya masih mengalir darah-darah kepedihan di parut luka hatinya
rasa pilu mencucuk-cucuk tangkai hatinya
hidup tanpa meneguk sepuasnya kasih sayang
langit yang muram dan ombak yang resah
menemaninya dalam seribu kegelapan dan kesenyapan
saat demi saat menerbitkan detik-detik yang menusuk tajam ke lubuk sukmanya
bagai mencurahkan cuka di kelukaan hatinya
dirinya bagai ditimpa gunung-gunung batu pejal yang pecah berserakan
memandang dengan sejemput kehampaan yang ternyata di air wajahnya
bunga-bunga kemesraan tidak langsung bercambah di wajahnya
segala macam deraan mendesak di segenap cepu kepalanya
dia meneguk air liurnya sendiri dengan hati terkilan
malam yang penuh dengan kekusutan dan kekalutan itu kian panjang
dadanya sebak bagaikan terisi air sampai ke tenggorok
sungguh menyusuk dan menyayat hati
sukar untukku memaparkan lukisan kekesalan yang sebenarnya tidak tercerna lagi
kian sayu dan redup, seredup petang ini
hatinya luluh
diselaputi perasaan pilu
mengubat luka yang parah dalam jiwanya
mengembalikan luka-luka yang lama berdarah
dunia ini seolah-olah diserang gempa raya yang maha dahsyat menggoncangkan perasaan dua sahabat itu
berkecamuk dengan perasaan kehibaan
dunia kecerahan kini telah diliputi awan gelap
sukar untukku memaparkan lukisan kekesalan yang sebenarnya tidak tercerna lagi
kian sayu dan redup, seredup petang ini
hatinya luluh
diselaputi perasaan pilu
mengubat luka yang parah dalam jiwanya
mengembalikan luka-luka yang lama berdarah
dunia ini seolah-olah diserang gempa raya yang maha dahsyat menggoncangkan perasaan dua sahabat itu
berkecamuk dengan perasaan kehibaan
dunia kecerahan kini telah diliputi awan gelap
Tiada ulasan:
Catat Ulasan
Catatan Terbaru
Catatan Lama
Laman utama
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
Tiada ulasan:
Catat Ulasan