Ahad, 14 April 2013
Pidato Bahasa Jiwa Bangsa
Sila muat turun bahan berikut http://www.scribd.com/doc/77342273/Teks-Pidato-Bahasa-Jiwa-Bangsa-2
Pidato Insan Cemerlang Negara Gemilang
Sila muat turun bahan berikut http://www.scribd.com/doc/25452527/Pidato-Insan-Cemerlang-Negara-Gemilang
Ahad, 31 Mac 2013
Sabtu, 30 Mac 2013
Pantun Melayu
Pulau Pandan jauh ketengah,
Gunung Daik bercabang tiga,
Hancur badan dikandung tanah,
Budi baik dikenang jua.
Pisang Emas bawa belayar,
masak sebiji di atas peti,
Hutan emas boleh ku bayar
Hutang budi ku bawa mati.
Kalau ada sumur di ladang,
Boleh saya menumpang mandi.
jika ada umur yang panjang,
Boleh kita berjumpa lagi.
Gunung Daik bercabang tiga,
Hancur badan dikandung tanah,
Budi baik dikenang jua.
Pisang Emas bawa belayar,
masak sebiji di atas peti,
Hutan emas boleh ku bayar
Hutang budi ku bawa mati.
Kalau ada sumur di ladang,
Boleh saya menumpang mandi.
jika ada umur yang panjang,
Boleh kita berjumpa lagi.
Semua orang bergelang tangan,
saya seorang bergelang kaki,
semua orang berkata jangan,
saya seorang mengikut hati.
saya seorang bergelang kaki,
semua orang berkata jangan,
saya seorang mengikut hati.
Gurindam Jiwa
GURINDAM
JIWA
Tuai padi antara masak
Esok jangan layu-layuan
Intai kami antara nampak
Esok jangan rindu-rinduan
Anak cina pasang lukah
Lukah dipasang di Tanjung Jati
Di dalam hati tidak ku lupa
Sebagai rambut bersimpul mati
Batang selasih permainan budak
Daun selasih dimakan kuda
Bercerai kasih talak tiada
Seribu tahun kembali juga
Burung merpati terbang seribu
Hinggap seekor di tengah laman
Hendak mati di hujung kuku
Hendak berkubur di tapak tangan
Kalau tuan mudik ke hulu
Carikan saya bunga kemboja
Kalau tuan mati dahulu
Nantikan saya di pintu syurga
Tuai padi antara masak
Esok jangan layu-layuan
Intai kami antara nampak
Esok jangan rindu-rinduan
Anak cina pasang lukah
Lukah dipasang di Tanjung Jati
Di dalam hati tidak ku lupa
Sebagai rambut bersimpul mati
Batang selasih permainan budak
Daun selasih dimakan kuda
Bercerai kasih talak tiada
Seribu tahun kembali juga
Burung merpati terbang seribu
Hinggap seekor di tengah laman
Hendak mati di hujung kuku
Hendak berkubur di tapak tangan
Kalau tuan mudik ke hulu
Carikan saya bunga kemboja
Kalau tuan mati dahulu
Nantikan saya di pintu syurga
Perumpamaan
Perumpamaan
|
Maksud
|
Bagai aur dengan tebing | tolong-menolong antara satu dengan yang lain |
Bagai bunyi cempedak jatuh | bunyi jatuh yang kuat |
Bagai bulan dipagari bintang | kecantikan gadis yang tiada bandingannya |
Bagai diiris dengan sembilu | perasaan yang sangat pedih |
Bagai duri dalam daging | sesuatu hal yang tidak menyenangkan |
Bagai enau dalam belukar melepaskan pucuk masing-masing | hanya mementingkan diri sendiri |
Bagai itik pulang petang | berjalan lambat sekali |
Bagai isi dengan kuku | persahabatan yang sangat erat |
Bagai kacang melupakan kulit | orang yang tidak tahu mengenang budi |
Bagai kumbang putus tali | amat cepat; terlepas daripada sengsara |
Bagai melepaskan batuk di tangga | membuat sesuatu kerja sambil lewa saja |
Bagai menatang minyak yang penuh | mendidik anak dengan penuh belaian kasih sayang |
Bagai mencencang air | membuat pekerjaan yang sia-sia |
Bagai mural tercabut ekor | seseorang yang becok mulutnya |
Bagai si kudung mendapat cincin | orang yang tidak dapat merasai nikmat atau menggunakan kemudahan yang diperoleh |
Bagai pinang dibelah dua/ Seperti cincin dengan permata | pasangan yang sama padan dan sama cantik |
Bagai tikus membaiki labu | merosakkan lagi barang yang dibaikinya |
Seperti abu di atas tunggul/ Seperti telur di hujung tanduk | kedudukan tidak tetap atau tidak terjamin |
Seperd anak ayam kehilangan ibu | berpecah dan hilang tempat bergantung |
Seperti anjing dengan kucing | adik-beradik yang suka bergaduh |
Seperti anjing dengan bayang-bayang | orang yang tamak, tidak cukup dengan apa-apa yang ada |
Seperti api dalam sekam | dendam; perbuatan jahat yang tersembunyi |
Seperti ayam berak kapur | muka pucat dan tidak bermaya |
Seperti bertih digoreng | bunyi bising atau percakapan yang tidak berhenti-henti |
Seperti cacing kepanasan | tidak diam atau tenang; selalu gelisah |
Seperti embun di hujung rumput | kasih sayang yang tidak berkekalan |
Seperti gergaji dua mata/ Seperti talam dua muka | seseorang yang mengambil kesempatan daripada pertelingkahan antara dua pihak |
Seperti harimau menyembunyikan kukunya | menyembunyikan kelebihan yang ada pada dirinya |
Seperti hujan jatuh ke pasir/ Seperti mencurahkan air ke daun keladi | memberi nasihat kepada orang tetapi tidak berkesan |
Seperti katak di bawah tempurung | orang yang cetek pengetahuannya mengenai hal dunia luar |
Seperti kera kena belacan | tidak suka duduk diam |
Seperti kera mendapat bunga | seseorang yang tidak tahu menghargai pemberian orang lain |
Seperti kerbau dicucuk hidung | seseorang yang lurus; menurut segala perintah orang lain tanpa usul periksa |
Seperti langit dengan bumi | perbezaan yang amat ketara |
Seperti mengajar itik berenang | mengajar seseorang yang arif atau pandai daripada kita |
Seperti pahat dengan penukul | orang yang hanya bekerja apabila diperintah |
Seperti pungguk rindu akan bulan | mengharapkan sesuatu yang tidak mungkin diperoleh |
Seperti rusa masuk ke kampung | berasa hairan dan tercengang-cenggang apabila berada di tempat yang baru |
Seperti tikus jatuh di beras | memperoleh kekayaan yang tidak disangka-sangka |
Seperti ular kena palu | jalan atau barisan yang bengkang-bengkok |
Peribahasa
Menurut Za'ba, peribahasa ialah
susunan kata yang pendek dengan makna yang luas, mengandungi kebenaran, sedap
didengar dan bijak perkataannya.
Peribahasa
tradisi merujuk kepada peribahasa yang digunakan dalam pertuturan sehari-harian
atau secara bercetak sebelum tarikh kemerdekaan. Peribahasa moden pula merujuk
yang dicipta selepas tarikh tersebut. Peribahasa merupakan sabahagian daripada
bahasa kiasan dalam
budaya Melayu.
Keindahan
peribahasa merupakan cara sesuatu peribahasa itu digunakan, yang membina minda.
Tetapi pada masa kini, pelbagai peribahasa dicipta yang memaksa pelajar-pelajar
menghafalkan seberapa banyak peribahasa seperti robot.
Peribahasa
yang baru dicipta ini memberikan peluang kepada penerbit buku melariskan buku
masing-masing dengan mengisi buku masing-masing dengan peribahasa moden yang
janggal, dengan setiap penerbit menghasilkan peribahasa masing-masing.
Selain itu,
peribahasa yang baru dicipta ini juga mendorong kepada merosakkan bahasa,
kerana sesetengah daripadanya hanya dibuat secara serkap jarang tanpa sebarang
penyeliaan oleh sebarang pihak.
Sebagai
contoh (ciptaan sendiri):
Seperti
tetikus tanpa wayar / Seperti tetikus lepas tambatan.
Penjelasan:Tetikus
dahulu terikat kepada komputer dan tidak bebas bergerak. Bagaimanapun, tetikus
moden tanpa wayar bebas bergerak tanpa perlu terikat dengan komputer.
Ertinya:
Seseorang yang dahulunya terikat kini bebas hendak kemana-mana sahaja.
Contoh
penggunaan: Aminah kini bebas pergi ke disko semenjak dia keluar dari rumah
keluarganya dan berpindah di kampung kebandar, seperti tetikus lepas tambatan.
[sunting]Senarai
Peribahasa Melayu (Kumpulan)
Pautan luar
Jumaat, 29 Mac 2013
Bunga-Bunga Bahasa
sinar gembira mengerlip di
matanya/di mata tuanya
seriang kicauan burung-burung yang
terbang membelah cuaca petang
dibayangi perasaan gembira
kuntum kegembiraan mengembang di
hatinya sekaligus menghalau debaran yang memukul dada
rasa gembira meruap di dadanya
rasa gembira dan syukur berbunga di
lubuk hatinya
dia terlalu gembira, gembira sakan
hatinya melonjak gembira
curahan kasih sayang
berharap putik-putik kemesraan akan
dapat menebarkan keharuman kasih sayang yang mampu melembut dan mendamaikan
hati-hati luka
silaturahim antara sanak-saudara
merindui belai kasih daripada
seorang ayah/ibu
jauh di sudut hatinya bercambah
kasih yang amat mendalam terhadap...
Dia tersenyum menampakkan barisan
gigi yang asmaradanta/putih bak mutiara
senyuman mesra terukir di bibirnya
segaris senyuman terukir di
bibir/bibirnya
mengulum senyuman tipis
mengetap bibir tersenyum
tiba-tiba lamunannya terhenti
lamunannya terputus
membiarkan sejenak fikirannya
menerawang
lamunannya tenggelam dalam
kemuraman suasana
lamunannya terbang pergi
ingatannya kembali menjangkau
suasana masa lampau
mengimbau kenangan silam
ingatannya masih segar
meninggalkan nostalgia yang hampir
tenggelam dibungkus waktu
ingatannya terloncat daripada satu
peristiwa kepada satu peristiwa yang lain
kenangan pahit, manis, suka dan
duka bermain dalam kotak fikirannya
dia cuba menepis-nepis ingatannya
terhadap ... (nama orang) tetapi kotak fikirannya tidak mampu berbuat
begitu
kenangan mengusik jiwa
fikirannya menderas (berfikir
secara deras/cepat)
soalan itu (yang sama)
sentiasa memenuhi kotak fikirannya
arus fikirannya seperti
terhenti/berhenti
terapung dalam arus pengertian yang
mencabar fikiran
fikirannya dirasuk ingatan yang
bukan-bukan
fikirannya melayang jauh
dia membiarkan sejenak fikirannya
menerawang
berlegar-legar soalan itu meroboh
alam fikirannya (bermaksud menjadi buntu)
dalam laut fikirannya
memeras otak (berfikir secara
keras)
rasa bersalah menerpa fikirannya ("guilty")
berlegar-legar dalam pusat
ingatannya
ingatannya terhadap ... (nama
orang) susut tanpa sisa
fikirannya tiba-tiba dikejutkan
oleh kutukan perlahan pintu bilik/kamarnya
soalan itu bertalu-talu datang dan
pergi dalam fikirannya
cadar dan selimut yang
renyuk-renyuk di katil itu seperti fikirannya juga, renyuk-renyuk
keadaan di luar itu seperti
fikirannya, sesak dan berjerebu
kulihat air jernih mengalir di
pipinya
bendungan air matanya pecah
beberapa titik air jernih membasahi
pipi mudanya
air matanya jatuh membasahi pipinya
yang gebu
awan mendung bergayutan di pelipis
matanya
kolam matanya sudah berkaca
kegembiraan hatinya menujahkan
keluar manik-manik jernih dari birai kolam matanya
matanya berkaca dan kemudian berair
juraian air mata mengalir lalu
meleleh di lurah pipinya
air mata mula tumpah dari tasik
bundar
matanya mula terasa basah
air mata berlinangan
cuba menahan air matanya tetapi
matanya tetap bertambah kelam
tangisan memberi nikmat kepuasan
batin
hatinya
pecah seribu
menyayat hati
meratap kesedihan
perkhabaran yang disampaikan itu
benar-benar mengguris luka di hatinya
bayang-bayang kesedihan dan
kepiluan masih tercalit di wajahnya
pedih sungguh hatinya
duduk sugul di kepala katil
nadanya menikam jantung
namun senyumannya tidak dapat
menutup mendung yang menyeliputi wajahnya
nada suaranya bagaikan sembilu
menghiris tangkai hatinya
keluarkanlah jasadku daripada
kesengsaraan
suara batinnya menggelepar
harapan itulah yang menyinari makam
derita ini
bencana menimpa kerianganku
sedih berbaur kekecewaan
begitu meruntun (menarik/menyentak)
jiwa dan perasaan
kini dia berasa kosong dan hampa
sehingga kini, rasanya masih
mengalir darah-darah kepedihan di parut luka hatinya
rasa pilu mencucuk-cucuk tangkai
hatinya
hidup tanpa meneguk sepuasnya kasih
sayang
langit yang muram dan ombak yang
resah
menemaninya dalam seribu kegelapan
dan kesenyapan
saat demi saat menerbitkan
detik-detik yang menusuk tajam ke lubuk sukmanya
bagai mencurahkan cuka di kelukaan
hatinya
dirinya bagai ditimpa gunung-gunung
batu pejal yang pecah berserakan
memandang dengan sejemput kehampaan
yang ternyata di air wajahnya
bunga-bunga kemesraan tidak
langsung bercambah di wajahnya
segala macam deraan mendesak di
segenap cepu kepalanya
dia meneguk air liurnya sendiri
dengan hati terkilan
malam yang penuh dengan kekusutan
dan kekalutan itu kian panjang
dadanya sebak bagaikan terisi air
sampai ke tenggorok
sungguh menyusuk dan menyayat hati
sukar untukku memaparkan lukisan
kekesalan yang sebenarnya tidak tercerna lagi
kian sayu dan redup, seredup petang
ini
hatinya luluh
diselaputi perasaan pilu
mengubat luka yang parah dalam
jiwanya
mengembalikan luka-luka yang lama
berdarah
dunia ini seolah-olah diserang
gempa raya yang maha dahsyat menggoncangkan perasaan dua sahabat itu
berkecamuk dengan perasaan kehibaan
dunia kecerahan kini telah diliputi
awan gelap
sukar untukku memaparkan lukisan
kekesalan yang sebenarnya tidak tercerna lagi
kian sayu dan redup, seredup petang
ini
hatinya luluh
diselaputi perasaan pilu
mengubat luka yang parah dalam
jiwanya
mengembalikan luka-luka yang lama
berdarah
dunia ini seolah-olah diserang
gempa raya yang maha dahsyat menggoncangkan perasaan dua sahabat itu
berkecamuk dengan perasaan kehibaan
dunia kecerahan kini telah diliputi
awan gelap
Langgan:
Catatan (Atom)