Kata Kerja


Kata kerja

1 . Para petani sedang _________ sawah masing-masing supaya dapat ditanam     dengan sayuran
    A . membajak
    B . menuai
    C . menajak
    D . mengorek

2 . Keadaan langit yang gelap menandakan hari akan hujan , dan tentulah kambing Harun akan lari __________
     A . berderatan
     B . berurutan
     C . berlagaan 
     D . bertempiaran

3 . Topeng mainan yang dipakai Nabila _________ kerana getah pengikatnya putus
     A . terlucut
     B . termasuk
     C . terjatuh
     D . terdedah

4 . Penduduk kampung bergotong-royong membina jambatan baru yang __________
      akibat banjir besar beberapa hari lalu .
      A . punah\
      B . hancur
      C . runtuh
      D . rosak

5 . Pihak polis telah ____________ identiti  orang yang melakukan jenayah bersiri di kawasan Taman Keramat dan sekitar Kuala Lumpur
       A . mencari
       B . mengecam
       C . membuktikan
       D . mengenal pasti

6 . Daun pisang yang hendak digunakan untuk membungkus kuih seelok-eloknya
     ___________ terlebih dahulu atau dijemur beberapa ketika .
     A . diracik
     B . dilayur
     C . dipanggang
     D . diraut


7 . Pasukan sepak takraw negara telah bersiap-sedia bagi menghadapi cabaran daripada  pasukan Thailand terutama___________ maut daripada pemain mereka yang  sememangnya tajam .
     i . tendangan
     ii . libasan
     iii . pukulan
     iv . tamparan

    A . i dan ii sahaja
    B . ii dan iii sahaja
    C . i,ii dan iii sahaja
    D . ii,iii dan iv sahaja

8 . Shalin Zulkefli ___________ pukulan kemas bagi menjuarai acara all-events dalam  kejohanan Boling Remaja Dunia di Findland
     I . mengatsai
     Ii . melakukan
    Iii . melaksanakan
    Iv . membuatkan
   
    A . i dan ii sahaja 
    B . ii dan iv sahaja
    C ii dan iii sahaja
    D . iii dan iv sahaja

9 . Pameran Lima di Langkawi itu mendapat sambutan yang menggalakan daripada orang ramai yang _________ pulau lagenda itu .
      A . mendatangi
      B . mengunjungi
      C . melewati
      D . berkunjung

10 . Rashid Haji Sidek masih lagi digeruni oleh pihak lawan apabila sesekali   __________ di gelanggang antara bangsa
       A . berada
       B  . bermain
       C . beraksi
       D  , menandingi

11 . FAM telah menghantar bantahan kepada presiden FIFA ekoran balik hak sebagai  tuan rumah kejohannan bola sepak remaja dunia daripada Malaysia
        A . mengambil
        B . pemberian
        C . menarik
        D . penarikan

12 . Laporan kejadian tanah runtuh di jalan ke Genting Highlands itu telah dibawa ke  parlimen untuk _________
      A . dibentangkan
      B . pemakluman
      C . dibahaskan
      D . dipanjangkan

13 . Hanya kira-kira 50 orang belia yang _____________ untuk menyertai kempen yang diadakan untuk remaja itu
       A . melaporkan
       B . mendapatkan
       C . mendaftar
       D mengambil

16 . Sikap Datuk Fong dan isterinya itu menyebabkan Siew Lan berasa seperti _________.Walhal dia adalah anak kandung mereka
       A . dikebumikan
       B . diasingkan
       C . dipulaukan
       D . dianaktirikan

17 . Dalam tempoh lima bulan kebelakangan ini , pihak berkuasa telah _____________Kira-kira 35 ekor kambing yang dibiarkan berkeliaran awam .
       A . menangkap
       B . menahan
       C . menembak
       D . menjerat

18 . Kata orang tua-tua ___________ pada awaktu pagi dapat mengelakan daripada terkena sakit mata . 
         A . berembun
         B . bermandi
         C . bersalai
         D . bersantai

19 . Apabila bomoh itu mula ____________ kelihatan riak mukanya berubah seperti orang ketakutan
        A . menurun
        B . berjampi
        C . membaca
        D . tidak sedar

20 . Majlis tilawah Al-Quran peringkat kebangsaan itu telah ____________ oleh Yang Amat Berhormat Perdana Menteri
     A . dilangsungkan
     B . di hadirkan
     C . disampaikan
     D  .dirasmikan


21 . Baka haiwan yang hampir pupus ini telah _________ pembiakkannya oleh
       sekumpulan penyelidik dari Jabatan Haiwan Johor Bahru ,
        A . ditemui
        B . diidapati
        C . diusahakan
        D . mengagumkan

22. Sebelum sesuatu aktiviti dijalankan kita perlulah __________ terlebih dahulu aktiviti itu .
       A . merancang
       B . melaksana
       C . menimbang
       D . melihat

23 . Hati ayah ___________ apabila mendengar kisah sedih daripada remaja malang itu .
        A. terdiam
        B . terguris
        C . terhibur
        D . tersentuh
 
24 . Apabila memikirkan masalah kewangan yang dihadapinya oleh keluarganya   akhirnya Adli ___________ belajar di universiti tempatan sahaja
       A . mengatur
       B . merancang
       C . memutuskan
       D . menyimpulkan

25 . Ramai remaja yang __________ dalam kegiatan yang tidak sihat kerana terpengaruh dengan  rakan sebaya
       A . terjebak
       B . tergolong
       C . termasuk
       D . tercampur

26 . Kita perlu berusaha gigih dari awal tahun lagi untuk ___________ keputusan yang
       cemerlang dalam peperiksaan UPSR
       A . memiliki
       B . mendapati
       C . mempunyai
       D . memperoleh

27 . “ _____________ karangan ini sehingga menjadi suatu cerita yang __________,” kata Cikgu Azmi kepada muri-muridnya
       A . lengkapkan……menarik
       B . isikan  …………hebat
       C . tuliskan ………..betul
       D . binakan ……….baik

28 . Kamil __________ kendi di atas kepala sambil ___________ dua buah baldi berisikan air denagn menggunakan kayu itu .
        A . menjunjung………mengandar
        B .menjinjing…………..memikul
        C . membimbit ………...memapah
        D . menuntun…………..menjinjit

29 . Limau yang __________ saya beli ini mesti kau ____________ sebelum kau
        makan,”kata Zul  
        A . sudah…….kopek
        B . baharu……kupas
        C . baru………kerat
        D .telah………kikis

30. Baru kini dia sedar __________ nasihat yang __________ oleh ayahnya benar __________
      A . betapa….diberikan ….belaka
      B . akan ….diajukan …..sungguh
      C . sekali …dicadangkan…sekali
      D  . amat….dinyatakan….betul

Tiada ulasan:

Catat Ulasan