siur perjalanan
liku pengalaman.
Pernah dahulu luka
kakiku berdarah
meniti kerikil pertemuan.
Pendesit rentak diri
bersenandung dengan rintih
berladung, derunya menjauh
terseret dan tercebis
kala pamit yang pedih.
Mawar sejarah
teladan gundah
indahnya berpulang pada pasrah
pahit air mata
tertib nasib
berkaca atau terluka.
Kukunjungi perpisahan
malar perjalanan mahar pengalaman
Guru
Oh Guru
BERBURU
ke padang datar
Dapat
rusa belang kaki
Berguru
kepala ajar
Ibarat
bunga kembang tak jadi
(dedikasi
kepada Hari Guru dan guruku tercinta)
Dialah
pemberi paling setia
Tiap
akar ilmu miliknya
Pelita
dan lampu segala
Untuk
manusia sebelum jadi dewasa.
Dialah
ibu dialah bapa juga sahabat
Alur
kesetiaan mengalirkan nasihat
Pemimpin
yang ditauliahkan segala umat
Seribu
tahun katanya menjadi hikmat.
Jika
hari ini seorang Perdana Menteri berkuasa
Jika
hari ini seorang Raja menaiki takhta
Jika
hari ini seorang Presiden sebuah negara
Jika
hari ini seorang ulama yang mulia
Jika
hari ini seorang peguam menang bicara
Jika
hari ini seorang penulis terkemuka
Jika
hari ini siapa sahaja menjadi dewasa;
Sejarahnya
dimulakan oleh seorang guru biasa
Dengan
lembut sabarnya mengajar tulis-baca.
Di
mana-mana dia berdiri di muka muridnya
Di
sebuah sekolah mewah di Ibu Kota
Di
bangunan tua sekolah Hulu Terengganu
Dia
adalah guru mewakili seribu buku;
Semakin
terpencil duduknya di ceruk desa
Semakin
bererti tugasnya kepada negara.
Jadilah
apa pun pada akhir kehidupanmu, guruku
Budi
yang diapungkan di dulangi ilmu
Panggilan
keramat "cikgu" kekal terpahat
Menjadi
kenangan ke akhir hayat.
USMAN
AWANG
1979
ILMU
Gedung khazanah berkunci
dalam bahtera di lautan
bukalah dengan kunci baca
dengan seru nama Allah
misteri karang terbongkar
bahtera dan laut bersatu
menjadi mutiara kata-kata
melimpah zahirnya ke pantai
dan ke belantara.
ilmu itu
permata yang hilang
dalam lumpur hitam
carilah dengan suluh baca
dengan seru nama Allah
cahaya faham berkilau
menyuluh sinar fikir
lumpur dan permata bertaut
menjadi hiasan kata-kata
menjernih bathin sampai ke hati
sampai ked jiwa.
Kita adalah pencari
di lautan dan di lumpur
tak pernah henti
ilmu itu adalah kehilangan
yang misteri
hanya menjadi milik
sesiapa yang menemuinya
dengan Izin-Nya.
Tanjong Malim
26 Sept. 2010
Gedung khazanah berkunci
dalam bahtera di lautan
bukalah dengan kunci baca
dengan seru nama Allah
misteri karang terbongkar
bahtera dan laut bersatu
menjadi mutiara kata-kata
melimpah zahirnya ke pantai
dan ke belantara.
ilmu itu
permata yang hilang
dalam lumpur hitam
carilah dengan suluh baca
dengan seru nama Allah
cahaya faham berkilau
menyuluh sinar fikir
lumpur dan permata bertaut
menjadi hiasan kata-kata
menjernih bathin sampai ke hati
sampai ked jiwa.
Kita adalah pencari
di lautan dan di lumpur
tak pernah henti
ilmu itu adalah kehilangan
yang misteri
hanya menjadi milik
sesiapa yang menemuinya
dengan Izin-Nya.
Tanjong Malim
26 Sept. 2010
Dicatat oleh ABDUL HALIM ALIdi 7:32 PG
.
Perpisahan mungkin sesuatu yang menyakitkan. Perpisahan juga mungkin suatu penawar.
BalasPadam