Jumaat, 29 Mac 2013

Bunga-Bunga Bahasa


*     sinar gembira mengerlip di matanya/di mata tuanya
*     seriang kicauan burung-burung yang terbang membelah cuaca petang
*     dibayangi perasaan gembira
*     kuntum kegembiraan mengembang di hatinya sekaligus menghalau debaran yang memukul dada
*     rasa gembira meruap di dadanya
*     rasa gembira dan syukur berbunga di lubuk hatinya
*     dia terlalu gembira, gembira sakan
*     hatinya melonjak gembira
*     curahan kasih sayang
*     berharap putik-putik kemesraan akan dapat menebarkan keharuman kasih sayang yang mampu melembut dan mendamaikan hati-hati luka
*     silaturahim antara sanak-saudara
*     merindui belai kasih daripada seorang ayah/ibu
*     jauh di sudut hatinya bercambah kasih yang amat mendalam terhadap...
*     Dia tersenyum menampakkan barisan gigi yang asmaradanta/putih bak mutiara
*     senyuman mesra terukir di bibirnya
*     segaris senyuman terukir di bibir/bibirnya
*     mengulum senyuman tipis
*     mengetap bibir tersenyum
*     tiba-tiba lamunannya terhenti
*     lamunannya terputus
*     membiarkan sejenak fikirannya menerawang
*     lamunannya tenggelam dalam kemuraman suasana
*     lamunannya terbang pergi
*     ingatannya kembali menjangkau suasana masa lampau
*     mengimbau kenangan silam
*     ingatannya masih segar
*     meninggalkan nostalgia yang hampir tenggelam dibungkus waktu
*     ingatannya terloncat daripada satu peristiwa kepada satu peristiwa yang lain
*     kenangan pahit, manis, suka dan duka bermain dalam kotak fikirannya
*     dia cuba menepis-nepis ingatannya terhadap ... (nama orang) tetapi kotak fikirannya tidak mampu berbuat begitu
*     kenangan mengusik jiwa 
*     fikirannya menderas (berfikir secara deras/cepat)
*     soalan itu (yang sama) sentiasa memenuhi kotak fikirannya
*     arus fikirannya seperti terhenti/berhenti
*     terapung dalam arus pengertian yang mencabar fikiran
*     fikirannya dirasuk ingatan yang bukan-bukan
*     fikirannya melayang jauh
*     dia membiarkan sejenak fikirannya menerawang
*     berlegar-legar soalan itu meroboh alam fikirannya (bermaksud menjadi buntu)
*     dalam laut fikirannya
*     memeras otak (berfikir secara keras)
*     rasa bersalah menerpa fikirannya ("guilty")
*     berlegar-legar dalam pusat ingatannya
*     ingatannya terhadap ... (nama orang) susut tanpa sisa
*     fikirannya tiba-tiba dikejutkan oleh kutukan perlahan pintu bilik/kamarnya
*     soalan itu bertalu-talu datang dan pergi dalam fikirannya
*     cadar dan selimut yang renyuk-renyuk di katil itu seperti fikirannya juga, renyuk-renyuk
*     keadaan di luar itu seperti fikirannya, sesak dan berjerebu
*     kulihat air jernih mengalir di pipinya
*     bendungan air matanya pecah
*     beberapa titik air jernih membasahi pipi mudanya
*     air matanya jatuh membasahi pipinya yang gebu
*     awan mendung bergayutan di pelipis matanya
*     kolam matanya sudah berkaca
*     kegembiraan hatinya menujahkan keluar manik-manik jernih dari birai kolam matanya
*     matanya berkaca dan kemudian berair
*     juraian air mata mengalir lalu meleleh di lurah pipinya
*     air mata mula tumpah dari tasik bundar
*     matanya mula terasa basah
*     air mata berlinangan
*     cuba menahan air matanya tetapi matanya tetap bertambah kelam
*     tangisan memberi nikmat kepuasan batin

*      hatinya pecah seribu
*     menyayat hati
*     meratap kesedihan 
*     perkhabaran yang disampaikan itu benar-benar mengguris luka di hatinya
*     bayang-bayang kesedihan dan kepiluan masih tercalit di wajahnya
*     pedih sungguh hatinya
*     duduk sugul di kepala katil
*     nadanya menikam jantung
*     namun senyumannya tidak dapat menutup mendung yang menyeliputi wajahnya
*     nada suaranya bagaikan sembilu menghiris tangkai hatinya
*     keluarkanlah jasadku daripada kesengsaraan
*     suara batinnya menggelepar 
*     harapan itulah yang menyinari makam derita ini
*     bencana menimpa kerianganku
*     sedih berbaur kekecewaan
*     begitu meruntun (menarik/menyentak) jiwa dan perasaan
*     kini dia berasa kosong dan hampa
*     sehingga kini, rasanya masih mengalir darah-darah kepedihan di parut luka hatinya
*     rasa pilu mencucuk-cucuk tangkai hatinya
*     hidup tanpa meneguk sepuasnya kasih sayang
*     langit yang muram dan ombak yang resah
*     menemaninya dalam seribu kegelapan dan kesenyapan
*     saat demi saat menerbitkan detik-detik yang menusuk tajam ke lubuk sukmanya
*     bagai mencurahkan cuka di kelukaan hatinya
*     dirinya bagai ditimpa gunung-gunung batu pejal yang pecah berserakan
*     memandang dengan sejemput kehampaan yang ternyata di air wajahnya
*     bunga-bunga kemesraan tidak langsung bercambah di wajahnya
*     segala macam deraan mendesak di segenap cepu kepalanya
*     dia meneguk air liurnya sendiri dengan hati terkilan
*     malam yang penuh dengan kekusutan dan kekalutan itu kian panjang
*     dadanya sebak bagaikan terisi air sampai ke tenggorok
*     sungguh menyusuk dan menyayat hati
*     sukar untukku memaparkan lukisan kekesalan yang sebenarnya tidak tercerna lagi
*     kian sayu dan redup, seredup petang ini
*     hatinya luluh
*     diselaputi perasaan pilu
*     mengubat luka yang parah dalam jiwanya
*     mengembalikan luka-luka yang lama berdarah
*     dunia ini seolah-olah diserang gempa raya yang maha dahsyat menggoncangkan perasaan dua sahabat itu
*     berkecamuk dengan perasaan kehibaan
*     dunia kecerahan kini telah diliputi awan gelap
*     sukar untukku memaparkan lukisan kekesalan yang sebenarnya tidak tercerna lagi
*     kian sayu dan redup, seredup petang ini
*     hatinya luluh
*     diselaputi perasaan pilu
*     mengubat luka yang parah dalam jiwanya
*     mengembalikan luka-luka yang lama berdarah
*     dunia ini seolah-olah diserang gempa raya yang maha dahsyat menggoncangkan perasaan dua sahabat itu
*     berkecamuk dengan perasaan kehibaan
*     dunia kecerahan kini telah diliputi awan gelap