Sila muat turun bahan berikut http://www.scribd.com/doc/138636318/Slide-Powerpoint-Untuk-RPH-BMM3105
RANCANGAN PENGAJARAN HARIAN (RPH)
Mata pelajaran :
Bahasa Melayu
Tahun : 5 Bestari
Bilangan Murid :
34 orang
Tema : Kebudayaan
Tajuk : Perayaan di Malaysia
Tarikh : 1 April 2013
Masa : 7.45 pagi- 9.15 pagi (90 Minit)
Objektif :
Pada akhir pengajaran dan pembelajaran murid dapat:
1. menyatakan
tentang sambutan perayaan di Malaysia secara
lisan dengan menggunakan ayat yang betul
2. membaca
dengan sebutan dan intonasi yang betul
3. menjawab
semua soalan kefahaman berdasarkan petikan dengan bimbingan guru
4. menulis
karangan pendek mengenai pengalaman mereka menyambut perayaan masing-masing
dengan menggunakan ayat majmuk yang betul.
Hasil Pembelajaran:
i.
1.1 Berbual tentang sesuatu perkara berkaitan
kehidupan seharian dengan menggunakan kata, ungkapan, ayat, sebutan , intonasi
dan nada yang sesuai.
Aras
1(i) – Berbual tentang sesuatu perkara yang dialami dan didengar dengan
menggunakan bahasa yang sesuai.
ii.
5.1 Membaca kuat perkataan dan ayat dengan
sebutan dan intonasi yang betul dan memahami petikan yang dibaca
Aras
2 (i) – Membaca pelbagai jenis ayat dengan memberikan penekanan pada
intonasi berdasarkan tanda baca
iii.
8.2 Membina dan menulis ayat tunggal dan ayat
majmuk dalam sesuatu penulisan teks tentang sesuatu tajuk
Aras
3 (i) – Menulis cerita berdasarkan sesuatu tajuk dengan menggunakan pelbagai
jenis ayat
Kaedah : Komunikatif
Pendekatan : Komunikatif
Teknik :
Perbincangan, bersoal jawab
Kemahiran
Bahasa : Kemahiran lisan,
membaca dan menulis
Sistem Bahasa :
Sistem ejaan, ayat tunggal dan ayat majmuk, sebutan dan intonasi
Ilmu :
Bahasa Melayu, Kajian Tempatan, ICT
Nilai :
Hormat-menghormati, Saling menghargai, Kesyukuran, Kasih saying
Kemahiran Bernilai Tambah (KBT)
Kemahiran Berfikir : Membuat perbezaan, membuat inferens dan mengkategori
Kecerdasan Pelbagai : Kinestetik, intrapersonal, interpersonal, naturalis dan
emosi
Pengetahuan sedia ada : Murid mengetahui dan pernah mengalami suasana perayaan di
Malaysia.
Bahan
Bantu Belajar : Slaid power point,
lembaran kerja, video lagu hari raya dan suasana hari raya di kampong.
Langkah
|
Isi Pelajaran
|
Aktiviti pengajaran
dan pembelajaran
|
Catatan
|
Set Induksi
(10 minit)
|
bekas berisi kuih
raya (ditutup dengan kain)
|
1.
Murid diminta meneka benda yang dipegang oleh guru.
2.
Murid ditayangkan dengan gambar-gambar tentang perayaan
di Malaysia.
|
BBB:
Bahan maujud (bekas
berisi kuih raya)
Slaid power point
KB: Menghubung
kait, inferens
|
Langkah 1
(15 minit)
|
Petikan cerita
bertajuk “Perayaan di Malaysia”
Soalan:
1.
Apakah perayaan yang dirayakan di Malaysia?
2.
Sebutkan nama kaum majority di Malaysia?
|
1.
Murid ditayangkan petikan cerita “Perayaan di Malaysia”
2.
Seorang murid diminta membaca petikan dengan sebutan
yang betul dan intonasi yang sesuai. Murid lain diminta mendengar dengan
teliti.
3.
Murid diminta menjawab soalan yang dikemukakan berkaitan
petikan.
|
BBB:
Slaid power point
KB: Membuat
inferens
BCB: Membaca dengan
sebutan yang betul dan intonasi yang sesuai
|
Langkah 2
(25 minit )
|
Perbezaan dan
persamaan perayaan di Malaysia
1.
Hari raya puasa
2.
Deepavali
3.
Tahun Baru Cina
Video suasana hari
raya
|
1.
Murid diminta berbincang dalam kumpulan tentang
perbezaan dan persamaam perayaan di Malaysia
2.
Murid mencatat perbezaan dan persamaan dalam borang
pengurusan grafik.
3.
Wakil kumpulan diminta membentangkan di hadapan kelas.
4.
Murid dipertontonkan dengan video suasana hari raya.
|
KB: Membanding
beza, menjana idea
BCB: Memproses dan
melaporkan maklumat
KP: Interpersonal
dan intrapersonal
Nilai: Kerjasama,
hormat-menghormati
BBB: Slaid power
point, boring pengurusan grafik
|
Langkah 3
(30 minit)
|
Aktiviti Pengayaan:
Menulis karangan
bertajuk “Suasana perayaan di tempat saya”
Aktiviti Pemulihan:
Melengkapkan
petikan dengan mengisi tempat kosong berdasarkan jawapan yang diberikan
|
1.
Murid diminta menulis karangan tentang “Suasana
Perayaan di Tempat Saya”
2.
Murid kumpulan pemulihan diminta melengkapkan petikan
berdasarkan jawapan yang diberikan.
3.
Murid membacakan karangan yang telah siap ditulis.
|
KB: Menjana idea,
menghubung kait
BCB: Memproses,
mencatat, melaporkan maklumat
KP: Intrapersonal.
Interpersonal, verbal-linguisitik
Nilai: Kerajinan,
menghargai, menghormati
BBB: Lembaran kerja
|
Penutup
(10 minit)
|
Rumusan isi
pelajaran
Soalan:
1.
Apakah perayaan di Malaysia?
2.
Nyatakan nilai murni yang kamu boleh dapati daripada
pelajaran hari ini.
·
Hormat-menghormati
·
Menghargai
·
Perpaduan
Nyanyian lagu raya
bersama-sama
dan menikmati kuih
raya yang dibawa oleh guru.
|
1.
Murid diminta menyatakan semula perayaan di Malaysia.
2.
Nyatakan nilai murni yang kamu boleh dapati daripada
pelajaran hari ini?
3.
Murid dan guru menyanyikan lagu hari raya bersama-sama.
|
KP: Muzik,
spiritual
Video lagu hari
raya
Slaid power point
|
Video sambutan hari raya di kampung
Video lagu hari raya
Tiada ulasan:
Catat Ulasan