LATIHAN TATABAHASA UPSR
KATA GANTI NAMA
Isi tempat kosong dengan jawapan yang paling sesuai.
1 “Ibu, duit _______ hilang,“ kata Umair kepada ibunya.
A kita
B kami
C saya
D mereka
2 Darus dan Intan bersahabat karib. _______ tinggal sekampung.
A Dia
B Kita
C Kami
D Mereka
3 “Jika _______ ada masalah sila jumpa saya,” kata Cikgu Sarah kepada saya.
A mereka
B kamu
C kami
D dia
4 Salmi murid tahun enam. _______ berazam untuk mencapai 5A dalam UPSR.
A Dia
B Kami
C Awak
D Saya
5 Bangunan baru itu telah dirasmikan oleh _______.
A dia
B kami
C kamu
D beliau
6 Sebagai murid, _______ hendaklah belajar bersungguh-sungguh,” kata cikgu.
A dia
B kita
C kamu
D mereka
7 Mari kita ikut _______ ke perpustakaan,” kata Siti kepada Nurul.
A mereka
B awak
C saya
D kami
8 “Boleh _______ tumpang bertanya?” kata Suri dan Muna kepada pemuda itu.
A kamu
B awak
C kami
D saya
9 “Ampun _______ tuanku,” sembah Hang Tuah kepada raja.
A beta
B patik
C hamba
D baginda
10 “Jika ________ ada masa lapang, jemputlah ke rumah saya,” kata Ani kepada
kawan-kawannya.
A dia
B awak
C beliau
D kalian
Modul Latih tubi Tatabahasa : Sektor Pengurusan Akademik, Jabatan Pelajaran Perak
11 “Nah, ambil wang _______!” kata emak sambil menghulurkan wang kepada
saya.
A itu
B ini
C sini
D situ
12 Ayah pergi ke Ipoh. Dia ada urusan di _______.
A itu
B sini
C sana
D mana
13 “Cuaca di _______ sungguh sejuk,” kata Sabri sambil menahan kesejukan.
A mana
B sini
C situ
D ini
14 “Jangan berkelakuan _______, tidak elok,” nasihat ibu kepada Zarina.
A begitu
B begini
C itu
D ini
15 Kalau tidak ada _______ masalah projek itu akan siap sebulan lagi.
A apa-apa
B bila-bila
C mana-mana
D siapa-siapa
Modul Latih tubi Tatabahasa : Sektor Pengurusan Akademik, Jabatan Pelajaran Perak
16 Duduklah di _______ yang kausuka.
A mana
B siapa
C siapa-siapa
D mana-mana
17 Entah _______ yang disimpannya di dalam peti besi itu.
A bila-bila
B apa-apa
C siapa-siapa
D mana-mana
18 _______ pun tidak dibenarkan masuk ke dalam dewan peperiksaan.
A Bila-bila
B Apa-apa
C Mana-mana
D Siapa-siapa
19 Jemputlah ke rumah saya _______ encik ada masa lapang.
A bila
B siapa
C bila-bila
D siapa-siapa
20 “_______lah ucapan daripada Guru Besar,” kata juruacara majlis.
A Ini
B Begini
C Begitu
D Demikian
Modul Latih tubi Tatabahasa : Sektor Pengurusan Akademik, Jabatan Pelajaran Perak
21 “Ibu, duit Adik Farah hilang semasa ________ bermain seorang diri di taman
permainan,” kata Umi kepada ibunya.
A beliau
B kami
C kita
D dia
22 “Ali, suruh _______ datang ke sekolah petang ini untuk latihan sukan,” kata
Cikgu Maimun kepada saya.
A kami
B kamu
C beliau
D mereka
23 Encik Wan Omar bakal pemimpin di kampung kita. Oleh itu, kita perlu
memberikan sokongan sepenuhnya kepada _______
A ia
B dia
C beliau
D mereka
24 “ Sebagai tentera, _______ berikrar akan memperjuangkan tanah air sehingga
titisan darah yang terakhir,” kata askar-askar itu kepada pegawai mereka.
A kita
B kami
C beliau
D mereka
25 Kalau engkau tidak ada kerja marilah ikut _______ ke perpustakaan,” kata Siti
dan Yusni kepada Nurul.
A mereka
B engkau
C kalian
D kami
Modul Latih tubi Tatabahasa : Sektor Pengurusan Akademik, Jabatan Pelajaran Perak
26 “Ibu, ini kawan-kawan lama saya. Bolehkah _______ menumpang tidur di rumah
kita?” kata Rosmaini kepada ibunya.
A mereka
B engkau
C kalian
D dia
27 “Kalau ________izinkan sekarang juga patik akan melaksanakan tugas itu,”
sembah ahli nujum kepada sultan.
A tuan
B tuanku
C baginda
D tuan hamba
28 “Saya harap _______ dapat mempersembahkan permainan yang bermutu
nanti,” kata jurulatih bola sepak itu kepada pemain-pemainnya.
A mereka
B kalian
C kami
D kita
29 Setelah sultan itu mangkat, maka takhta kerajaan negeri itu pun diserahkan
kepada putera _______.
A baginda
B tuanku
C beta
D nya
30 “_______lah caranya membuat masakan gulai tempoyak cili api,” kata Puan
Balkhis kepada pelajarnya.
A Demikian
B Begitu
C Begini
D Apa
31 “_______kah gadis yang berbaju kurung hijau yang berjalan dengan awak,
semalam?” tanya Maniam kepada Razif.
A Apa
B Mana
C Siapa
D Mengapa
32 Pak Haji Daud bertindak _______ supaya anaknya tidak mengulangi kesalahan
itu lagi.
A begitu
B begini
C situ
D sini
33 “Saya berharap agar permohonan ini mendapat pertimbangan daripada pihak
_______,” kata Chandran kepada majikannya, Puan Mei Ling.
A encik
B puan
C tuan
D cik
34 “Setelah seminggu balik dari Pulau Langkawi, _______ masih lagi terbayangbayang
akan suasana damai di sana,” kata Lokman.
A dia
B kami
C saya
D kalian
35 “Ahmad, tolong ambilkan saya kamus yang terletak di atas meja _______,” kata
Laily kepada Ahmad.
A sana
B situ
C ini
D itu
Modul Latih tubi Tatabahasa : Sektor Pengurusan Akademik, Jabatan Pelajaran Perak
36 Dulu Disman pengurus bank di bandar itu. Kini _______ dinaikkan pangkat
sebagai pengurus besar di Kuala Lumpur.
A mereka
B beliau
C kamu
D dia
37 “Jikalau begitulah titah _______, eloklah kita pergi siasat segera,” kata
Hulubalang kepada Panglima Ali.
A tuan hamba
B baginda
C patik
D beta
38 Perjuangan _______ masih belum berakhir selagi wisel penamat belum
dibunyikan oleh pengadil,” kata ketua pasukan itu kepada rakan-rakannya.
A kita
B kami
C kalian
D mereka
39 Saya dan murid-murid Tahun Enam Bestari merancang untuk mengadakan
pertandingan bercerita. _______ telah menjemput beberapa orang guru sebagai
pengadil.
A Beliau
B Kami
C Saya
D Kita
40 “_______ akan menentang pasukan lawan dengan bersungguh-sungguh,” ikrar
para pemain itu kepada jurulatih mereka.
A Dia
B Kita
C Kami
D Mereka
41 Cikgu Rahman sudah sebelas tahun bertugas di sekolah _______. _______
akan bersara pada tahun hadapan.
A kita … Ia
B kami … Dia
C saya … Dia
D kami … Beliau
42 “_______, izinkan _______ ke taman memetik bunga,” kata dayang kepada
permaisuri.
A Baginda … hamba
B Tuanku … hamba
C Tuanku … patik
D Patik … beta
43 “Saya harap _______ akan datang beramai-ramai untuk meraikan tetamu
kehormat _______,” pesan Ketua Kampung Berchat kepada anak-anak
buahnya.
A awak … kita
B kalian … kita
C kamu … kamu
D mereka … kami
44 “Tipah, tolong hantarkan baju yang telah siap ini kepada Mak Cik Hendon.
_______ jangan lupa ambil upahnya,” kata ibu kepada kakak.
A Dia
B Saya
C Kamu
D Mereka
45 “Jika _______ masih lagi berdegil, _______ akan mengambil tindakan yang
lebih tegas terhadap awak,” kata pengurus itu kepada salah seorang daripada
pekerjanya.
A mereka … kami
B mereka …saya
C kalian … kami
D awak … saya
46 Jika timbul apa-apa masalah, hendaklah sama-sama ________ selesaikan.
Dengan cara itu barulah _______ dapat hidup dalam keadaan harmoni.
A kita … mereka
B mereka … kita
C kalian … kami
D kita …. kita
47 “_______ perlu menghantar borang peraduan itu ke alamat yang ditetapkan
selewat-lewatnya sebelum bulan Jun ini,” kata juruhebah televisyen itu.
A Anda
B Kamu
C Kalian
D Mereka
48 “Sudah lama _______ bersabar. Jika tuan tidak dapat menyelesaikan masalah
ini, _______ akan melancarkan mogok,” kata jurucakap pekerja syarikat itu
kepada majikannya.
A saya … saya
B kami … kami
C mereka … saya
D beliau … mereka
49 “Cis, _______ tidak sangka yang _______ bersikap gunting dalam lipatan!” jerit
Pak Malau kepada Dang Wangi.
A hamba … tuan hamba
B baginda … patik
C hamba … kamu
D patik … hamba
50 “Amboi, comelnya adik _______! _______ namanya?” kata Atiqah kepada Aliah.
A mereka … Manakah
B awak… Siapakah
C kami … Siapakah
D kamu … Apakah
51 Kami nampak pekerja-pekerja sibuk menjalankan tugas _______ sebaik-baik
sahaja _______ tiba di kilang itu.
A mereka … kami
B beliau … kita
C Kita … kami
D dia … dia
52 “_______ yang sedang kamu menungkan itu, Merry? _______ harap kamu
dapat berikan perhatian kepada penceramah,” kata Shanty kepada Marry.
A Mengapakah … Kami
B Siapakah … Saya
C Bilakah … Awak
D Apakah … Aku
53 Saya dan keluarga tidak pernah berkunjung ke Taman Negara. Saya berharap
_______ dapat ke _______ suatu hari nanti.
A mereka … situ
B kami … sana
C saya … situ
D kami … sini
54 “Raja, maafkan _______ kerana mengambil buku cerita ini tanpa memberitahu
_______ terlebih dahulu,” ujar Naim.
A patik … tuanku
B kami … kamu
C saya … awak
D kamu … saya
55 “Sudahkah _______ menyiapkan tugasan yang _______ beri semalam?” kata
Encik Kumar kepada keraninya.
A awak … mereka
B mereka … saya
C kalian … kami
D kamu … saya
56 “Jika _______ ingin keterangan lanjut tentang pertandingan itu, sila hubungi
pihak _______ di kaunter pertanyaan,” kata pengacara pertandingan itu melalui
pembesar suara.
A awak … mereka
B kalian … kami
C anda … kami
D kamu … nya
57 “Segala titah perintah _______ akan _______ laksanakan,” kata Hang Tuah
kepada baginda sultan.
A baginda … tuan hamba
B tuanku … patik
C patik … saya
D kamu … aku
58 “Ketua kelas _______ telah dimasukkan ke wad. _______ kemalangan pada
petang semalam,” ujar Hanum kepada rakan-rakan sekelasnya.
A kita … Dia
B kami … Dia
C kita … Beliau
D kalian … Beliau
59 “_______ bagi pihak rakan-rakan di sini ingin mengucapkan terima kasih
kepada semua guru yang telah mengajar dan mendidik _______,” ucap Bala.
A Kalian … mereka
B Kami … kalian
C Saya … kami
D Saya … kita
60 Benar, _______ tidak nampak orang yang mengambil pen _______,” kata murid
baru itu kepada saya.
A kamu … dia
B awak … saya
C kami … awak
D saya … awak
Modul Latih tubi Tatabahasa : Sektor Pengurusan Akademik, Jabatan Pelajaran Perak
Skema jawapan (Kata Ganti Nama)
1C 2D 3B 4A 5D
6C 7A 8C 9B 10D
11B 12C 13B 14A 15A
16D 17B 18D 19C 20D
21D 22D 23C 24B 25D
26A 27B 28B 29A 30C
31C 32A 33B 34C 35D
36D 37B 38A 39B 40C
41D 42C 43A 44C 45D
46D 47A 48B 49A 50B
51A 52D 53B 54C 55D
56C 57B 58A 59C 60D
Tiada ulasan:
Catat Ulasan